Harimau Malaya Dalam BAHAYA!

Menjelang pertemuan awayday menentang Kyrgystan pada 6 Jun 2024 ini, skuad Malaysia menerima tamparan hebat dan Harimau Malaya dalam bahaya selepas mereka menang 1-0 sahaja dengan pasukan bawahan liga super 2024.


Semalam telah berlangsung perlawanan tertutup melibatkan pasukan negara bimbingan kim pan gon dan pasukan Perak bimbingan yusry che lah.


Dalam perlawanan yang berlangsung di SNBJ itu menyaksikan hanya satu gol sahaja di jaringkan dan ini mereupakan satu perkara yang membahayakan skuad negara.


Harimau Malaya Dalam BAHAYA!



Malaysia perlu menang 2 perlawanan terakhir ini jika mahu layak ke pusingan seterusnya dengan secara merit dan mudah. Jika tidak, laluan jauh harus dilalui oleh skuad negara dan kemungkinan besar kita tidak layak ke piala asia 2027 nanti juga tinggi.


 Gol terhasil menerusi pemain pertahanan Daniel Ting pada minit yang ke 17 umpama sudah cukup buat skuad negara.


Namun ketajaman bahagian serangan negara harus difikirkan semula. Walaupun ketika ini kita kehilangan khidmat Faisal Halim dan Arif Aiman.


Sudah pasti pemain-pemain lain perlu ambil peranan itu dan menjaringkan gol dalam perlawanan penting ini.


Kehilangan pemain Darren Lok yang cedera juga menjadi ancaman besar buat skuad negara yang ketandusan barisan serangan yang berkualiti.


Kini,kita hanya mampu berdoa agar kita dapat mencipta kejutan di kyrgystan dan kemudian mengalahkan taiwan di Bukit Jalil seleps itu.


Semoga berjaya HARIMAU MALAYA!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama