Syafiq Ahmad Wira Kedah Kalahkan PDRM dalam perlawanan liga super pertama 2024 dengan keputusan 1-0.
Ini bermakna Kedah telah melangsaikan hutang 3 mata yang dipotong oleh MFL kerana isu gaji dan perlawanan seterusnya bakal bermula kiraan mata rasmi untuk kedah.
Sekadar info untuk yang tidak tahu, First Instance Body FIB MFL telah mengumumkan pasukan kedah darul aman fc didenda dengan pemotongan 3 mata dan RM 50,000 susulan isu gaji yang dihadapi mereka.
Dalam perlawanan tadi, Syafiq yang kembali ke skuad kedah jelas dilihat sangat serasi dengan pasukan itu apabila dia mudah menolak masuk bola ke gawang pdrm selepas mendapat hantaran cantik dari Sony Norde.
Lebih manis, gol tersebut di jaringkan seawal minit pertama perlawanan atau lebih mesra lagi hanya 33 saat sahaja diperlukan untuk jaringkan gol tersebut.
Selepas itu tiada jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan memandangkan keadaan padang yang sangat buruk dan air yang bertakung menyukarkan aksi kedua dua belah pasukan.
Dari segi statistik perlawanan pasukan kedah lebih mendominasi perlawanan dengan 51% manakala 49 % adalah dikuasai oleh PDRM.
PDRM melakukan 10 percubaan dan 4 on target manakala Kedah pula dengan 7 percubaan dengan 4 juga yang on target.
Catat Ulasan
Jom komen ! :)