Soong Joo Ven Laku Keras

Soong Joo Ven Laku Keras. Tatkala semua pemain tertumpu ke saingan Olimpik, Lain pula yang jadi kepada pemain perseorangan lelaki negara ini.


Walaupun tidak layak bermain di Olimpik, Joo Ven diperlukan barisan pemain-pemain dunia untuk menjadi rakan sparing mereka sebelum ke kejohanan tersebut.


Soong Joo Ven Laku Keras



Jooven berkata;    


"Setakat ini pemain Brazil, Azerbaijan berlatih dengan kami, sebelum ini terdapat juga mereka dari Kazakhstan, Australia dan India. Saya mahu menolong mereka dan tugas ini turut dibantu oleh seorang pembantu.



"Antara pemain yang berlatih dengan kami ialah Ygor Coelho (Brazil), Ade Resky Dwicahyo (Azerbaijan) dan Keisha Fatimah Az Zahra (Azerbaijan). Sebelum ini turut berlatih dengan kami ialah Dmitriy Panarin (Kazakhstan)," katanya.


"Mereka masih mempunyai jurulatih tetapi pemain seperti mereka dari negara kecil sedikit berbeza berbanding kita. Di sini mereka mempunyai rakan sepelatih, masih banyak perlu diperbaiki.


"Saya pula sudah lama dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sekarang bergerak secara profesional, saya membantu setakat mana yang termampu untuk mereka," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama