Setiap Kejohanan Permulaan Baharu - Lee Zii Jia

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang baru tiba dari Thailand selepas menjuarai kejohanan tersebut diharap dapat mengekalkan momentum di Malaysia Masters kali ini.


Lee Ziia berkata setiap kejohanan yang dia sertai merupakan permulaan baru bagi dirinya memandangkan dia tidak tahu apa yang akan terjadi dalam perlawanan tersebut.


Pemain negara yang juga pemain no 10 dunia itu tidak bernasib baik dalam Malaysia Masters apabila dia hanya berjaya mara ke separuh akhir sahaja itu pun pada edisi 2020. 


Setiap Kejohanan Permulaan Baharu - Lee Zii Jia



Itu merupakan pencapaian terbaiknya dalam kejohanan di halaman sendiri itu.


Berkata kepada mediam Lee Zii jia berkata;  


"Setiap kejohanan adalah permulaan yang baharu untuk saya. Kita pun tidak pasti apa akan berlaku nanti," katanya 


"Sebab itu, seperti yang saya selalu katakan, setiap kejohanan saya perlu bermula semula," katanya akan turun gelanggang bagi aksi pusingan pertama menentang pemain ke-45 dunia, Zhao Jun Peng dari China.


"Ketika ini, saya dalam keadaan yang baik dan bersemangat untuk beraksi. Saya tidak mahu fikir terlalu banyak mengenai undian atau apa, sebaliknya fokus satu demi satu perlawanan," katanya.


Kita doakan agar lee zii jia dapat mengumpul kekuatan secukupnya untuk terus menghiburkan rakyat Malaysia di kejohanan besar ini.


Nama nya sentiasa menjadi sebutan rakyat Malaysia yang sentiasa bangga dengan pencapaiannya di atas pentas badminton dunia.


Semoga Berjaya Lee Zii Jia.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama