Piala Sultan Azlan Shah 2024 : Fokus Lawan Korea Selatan

Fokus Lawan Korea Selatan. Selepas kekalahan kepada Jepun yang menyaksikan skuad hoki negara tidak boleh mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah, pemain pertahanan Amirul Hamizan berkata kegagalan itu harus dipertanggungjawabkan secara pasukan bukan individu.


 Amirul berkata;


"Untuk keseluruhan kejohanan ini, selepas empat perlawanan, kita sudah menjaringkan lebih 10 gol, jadi tak boleh salahkan sama ada barisan serangan atau pertahanan.


Fokus Lawan Korea Selatan



"Sudah pasti ia adalah kesilapan yang perlu ditanggung satu pasukan. Sebab kalau diikutkan kita banyak melakukan serangan tetapi peluang seperti pukulan sudut penalti tak dapat menghasilkan gol.


"Jepun adalah pasukan sangat berdisiplin dan mempunyai kepantasan, jadi banyak lagi yang perlu kita pelajari dan perbaiki.


"Ia bukan pengakhiran kerana kita masih ada satu lagi perlawanan dengan Korea Selatan. Kita perlu memenangi perlawanan itu dan breaksi di penentuan tempat ketiga dan keempat," katanya.


"Kita sekarang sedang dalam proses pelaksanaan. Apa yang kita belajar perlu dilaksanakan di atas padang. Apabila kita gagal laksanakannya, maka kita akan dihukum," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama