Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Mungkin ramai tak tahu mengenai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 tetapi peminat sukan ini pasti tahu dan sentiasa kemaskini info berkaitan kejohanan ini.


2024, Malaysia di pilih sebagai tuan rumah kejohanan dunia bagi sukan sepak takraw dan pastinya ia menjadi impian negara mengemudi acara berprestij tersebut.


Kejohanan dwitahunan ini akan berlangsung pada 18 hingga 26 Mei 2024 ini dan disertai 21 pasukan yang bakal bersaing di stadium titiwangsa KL. 


Piala Dunia Sepak Takraw 2024



Pasukan

Kejohanan kali ini melibatkan 21 buah negara dan pasti piala dunia sepak takraw ada kejutan seperti mana kejohanan-kejohanan besar yang lain. 


Antara negara yang terlibat adalah seperti Malaysia (Tuan Rumah), Jepun, Thailand, Vietnam, Indonesia, Brunei, China, Filipina dan India.


Selain itu, negara yang turut sama bertanding adalah seperti  Singapura, Korea, Arab Saudi, Perancis, Jerman, Iran, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, China-Taipei dan Myanmar.


PEMAIN WAKILI MALAYSIA


Mewakili negara dalam kejohanan ini pasti menjadi impian pemain-pemain. berikut merupakan senarai pemain Malaysia di piala dunia sepak takraw 2024 


Mereka terdiri daripada Farhan Adam, Syahir Rosdi, Syahmi Hussin, Redwan Hakim, Azmirul Zazwan, Shahalril Aiman dan Haziq Hairul Nizam.


Selain itu, skuad negara turut dikuatkan dengan pemain Norfaizzul Abd Razak, Fetri Mohd Azwadi, Aidl Aiman. Noraizat Nordin, Baihakki A’rippin, Zarif Ibrahim,Zaim Razali, Zuhri Muhammad Zain dan Azlan Alias.


Format

Untuk format piala dunia sepak takraw ni. 21 pasukan dibahagi kepada dua kategori utama iaitu PREMIER dan juga DIVISYEN 1.


KATERGORI PREMIER 


- Negara terlibat adalah Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, India, Korea Selatan, Jepun, Filipina, China, Vietnam, Myanmar dan Brunei.


- Ada Piala khas.


- acara berpasukan termasuk regu dan beregu.


KATEGORI DIVISYEN 1


- 2 Acara sahaja iaitu beregu dan regu.


- Tidak ada acara berpasukan.


- Negara terlibat adalah seperti  Perancis dan Jerman serta Bangladesh, Taiwan, Iran, Nepal, Pakistan, Arab Saudi dan Sri Lanka.


Penutup


Semoga kemenangan untuk skuad negara di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 kali ini dan berjaya membawa pulang trofi berprestij tersebut memandangkan bermain di halaman sendiri.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama