Lee Zii Jia Tarik Diri Daripada Singapore Open 2024

 Lee Zii Jia Tarik Diri Daripada Singapore Open 2024. Itulah berita yang setakat ini kami kemaskini dari laman web BWF.


Status 'Walkover' di paparkan dalam  jadual harian untuk Singapore Open 2024 sebentar tadi dan perubahan chart di gambar rajah perlawanan juga menyaksikan Ginting meneruskan cabarannnya menentang jun hao esok.


Lee Zii Jia Tarik Diri Daripada Singapore Open 2024




Kita tidak tahu sebab apa tapi admin boleh kata faktor kepenatan juga menjadi faktor utama lee zii jia tarik diri. Siapa yang menonton Malaysia Masters baru-baru ni akan nampak perubahan ketara lee zii jia.


Untuk yang tak tahu, lee zii jia bermain di Thailand Open pada 2 minggu lalu dan hanya berehat sehari dan kemudian bersambung dengan Malaysia Masters pula.


Jadi wajar untuk pemain perseorangan lelaki negara untuk berehat seketika minggu ini dan jika berepeluang minggu hadapan bermain di terbuka Indonesia pula.


Semoga Lee Zii Jia Cepat sembuh dan kembali garang di dalam gelanggang tidak lama lagi. Selamat berehat lee zii jia.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama