Lee Zii Jia Mudah Melangkah ke Suku Akhir Toyota Thailand Open

 Lee Zii Jia Mudah Melangkah ke Suku Akhir Toyota Thailand Open. Bermain dengan baik dan tenang itulah gambaran permainan pemain perseorangan lelaki negara ketika mengalahkan pemain korea selatan.


Dalam perlawanan itu, Lee Zii Jia menang keatas Jeon Hyeok Jin dengan keputusan 22-20 dan 21-7 dalam masa 36 minit sahaja.


Diset pertama lee zii jia berjaya mendapatkan kemenangan walaupun dipenghujung set itu dilihat mata tidak jauh berbeza antara kedua-dua pemain. 


Lee Zii Jia Mudah Melangkah ke Suku Akhir Toyota Thailand Open



Tetapi lee zii jia bijak bertahan dan akhirnya memenangi set tersebut. 


Bersambung set kedua, Lee Zii Jia dilihat sudah memahami corak permainan lawan dan terus mendominasi permain yang menghasilkan mata 21-7. 


Pemain korea itu tidak mampu menandingi kehebatan pemain perseorangan lelaki negara kita dan akur terpaksa tewas dengan jumlah jarak mata yang besar.


Lee Zii Jia kini menjadi pilihan utama untuk memenangi kejohanan ini dijangka akan bertemu dengan Lu Guang Zu seorang lagi wakil China dalam kejohanan ini.


Di atas kertas, tempat final sudah menjadi milik Lee Zii Jia namun hanya konsistensi dan fokus pemain itu yang dapat menentukan sama ada ia menjadi kenyataan atau tidak.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama