Lee Zii Jia Melangkah Ke Semi Final Toyota Thailand Open 2024

 Lee Zii Jia Melangkah Ke Semi Final Toyota Thailand Open 2024. Bagai nak gugur jantung tengok permainan permainan perseorangan lelaki no 1 negara ni.


Mana taknya, Zii jia mempunyai banyak peluang untuk habiskan game lebih awal tetapi tetap dengan 3 set permainan untuk perlawanan ini.


Tapi apa-apa pun terima kasih lee zii jia atas konsistensi anda dalam kejohanan terbuka thailand setakat ini. Dalam perlawanan sebentar tadi, lee zii jia menang dengan keputusan 21-13, 16-21 dan 21-18.


Lee Zii Jia Melangkah Ke Semi Final Toyota Thailand Open 2024



Dalam set pertama, lee zii jia mudah mengalah lu guang zu dari China dengan keputusan 21-13. Namun di set kedua, pemain China itu berjaya bangkit mengalahkan pemain Malaysia.


Dia kalahkan zii jia dengan keputusan 16-21 di set kedua. Tersentak dengan itu prestasi guang zu tidak berhenti di situ apabila dia mendominasi mata awal set ketiga.


Ini membuat penyokong lee zii jia tidak senang duduk. dari awal set sehinggalah hampir ke penghujung pemain China itu berjaya menjarakan matanya dengan zii jia.


Tetapi kecemerlangan lee zii jia membaca gerakan lawan membuatkan lu guang zu kecundang di penghujung set ketiga. Lee zii jia pula menang dengan 21-13.


Esok Lee zii jia akan bermain di semi final toyota thailand open dan berkemungkinan menentang salah satu daripada Chou Tien Chen dan juga Kodai Naraoka.


Kedua-dua mereka akan berlawan sebentar lagi dan pemenang akan bertemu dengan lee zii jia esok.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama