Lee Zii Jia Keletihan

Lee Zii Jia Keletihan. Jelas terpancar di wajah pemain perseorangan lelaki negara itu selepas dia mengalahkan pemain denmark, Anders Antonsen .


Dia menang dengan keputusan 21-15, 19-21, 21-11. Keadaan lee zii jia selepas perlawanan membuatkan ramai peminat tidak senang duduk kerana risau dengan keadaan pemain itu.


Lee Zii Jia Keletihan



Menurut pengurus Zii Jia, Lee Zii Yii, berkata;


"Dia memang agak keletihan terutama selepas berdepan aksi sengit sejak semalam (pusingan kedua) Ketika berdepan Kiran George dari India. Sekarang dia mengalami kekejangan seluruh badan, hendak duduk pun kejang, berdiri pun kejang dan duduk juga kejang. Mungkin dia akan menjalani rawatan mandi ais di Institut Sukan Negara (MSN).


"Dia tidak bercakap apa-apa (mengenai tahap keadaannya). Hanya duduk termenung tidak berbuat apa-apa. Dia memang letih dan perlu menyejukkan badan. Kita akan hantarnya ke ISN untuk pemulihan," katanya.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, berkata; 


"Fisioterapi Zii Jia, Rayvadee Rattanakthada, yang juga bekas fisioterapi ISN membawanya melakukan mandian ais. Dia hanya mengalami keletihan di bahagian otot, tiada kecederaan," kata Faedzal.


Hari ini, lee zii jia akan bertemu dengan pemain perseorangan lelaki hong kong, Ng Ka Long bagi penentuan siapa yang bakal beraksi di pentas final esok.


Semoga, Lee Zii jia cepat sembuh dan mampu beraksi di pentas final nanti.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama