Lee Zii Jia Gembira Menang Lawan Jun Peng

Lee Zii Jia Gembira Menang Lawan Jun Peng. Disebalik kekalahan set pertama, ternyata pemain perseorangan lelaki negara itu tahu untuk memenangi perlawanan semalam.


Dia menentang pemain China, Zhou Jun Peng dan menang dengan keputusan 19-21,21-11, 21-14. Permainan di set pertama membuatkan para penyokong risau sama ada dia boleh menang atau tidak.


Lee Zii Jia Gembira Menang Lawan Jun Peng



Tetapi di set kedua, Lee Zii Jia menunjukkan keyakinannya dengan mudah mengalahkan pemain China itu seterusnya menang di set ketiga.


Zii Jia berkata ;


"Saya sangat gembira untuk meraih kemenangan walaupun saya tewas di set pertama. Jun Peng adalah lawan yang sukar kerana pernah menewaskan saya sebelum ini, saya sangat gembira untuk mendapat kemenangan," 


"Sejujurnya, saya memikirkan dalam diri sendiri 'jangan tewas lagi di pusingan pertama'. Saya gembira berjaya mempamerkan permainan terbaik di set kedua dan ketiga untuk meraih kemenangan," 


"Pemain seperti Kiran boleh diibaratkan sebagai bintang yang semakin meningkat. Saya perlu berhati-hati kerana pemain seperti dia tidak akan mempunyai tekanan, tidak takut, dan akan melakukan segala-galanya.


"Ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi. Saya harap saya dapat meneruskan prestasi baik untuk jangka masa panjang," katanya.


Hari ini, Lee Zii Jia akan bertemu pemain India, Kiran George bagi menentukan sama ada dia layak ke suku akhir esok atau tidak.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama