JDT mudah kalahkan Negeri Sembilan

JDT mudah kalahkan Negeri Sembilan. Pasukan gergasi liga Malaysia itu memperoleh kemenangan kedua dalam liga dengan mengalahkan pasukan jiran mereka sebentar tadi.


Skuad bimbingan Hector Bidoglio itu mengalahkan pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.


Bergson membuka tirai jaringan pada minit ke 12 dan kemudian menambah jaringan pada minit ke 17 selang 5 minit kemudian.


JDT mudah kalahkan Negeri Sembilan



Negeri Sembilan mendapat gol pertama mereka musim ini menerusi pemain import Hein Htet Aung pada minit ke 28.


Keputusan kekal 2-1 untuk separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, Kedua-dua pasukan bertali arus membuat serangan namun hanya JDT sahaja berjaya mendapatkan gol.


Kali ini menerusi Jordi Amat pada minit ke 71. Dengan kemenangan ini JDT kini menjadi pasukan yang masih belum dikalahkan di dalam liga super 2024 ini.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama