China Kalahkan Indonesia Untuk Juarai Piala Thomas 2024!

China Kalahkan Indonesia Untuk Juarai Piala Thomas 2024! Tahniah diucapkan buat pasukan China selepas berjaya mengalahkan indonesia dengan keputusan 3-1.


Kemenangan ini juga menjadikan pasukan tembok besar itu juara buat kali yang ke 11. Manakala Indonesia pula masih memegang rekod kemenangan paling banyak dengan 14 kemenangan.


Perlawanan pertama melihatkan Shi Yu Qi mudah mengalahkan Anthony Sinisuka ginting dengan keputusan 21-17 dan 21-6  dalam masa 43 minit.


China Kalahkan Indonesia Untuk Juarai Piala Thomas 2024!



Kemudian beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang mudah mengalahkan beregu pengalaman Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto dengan keputusan 21-18,17-21 dan 21-17.


Jonatan Christie memberi harapan kepada indonesia selepas dia mengalahakan pemain Li Shi Feng dengan keputusan 21-16, 15-21 dan 21-17.


Namun Indonesia kalah di perlawanan keempat menerusi Muhammad Shohibul Fikri, Bagas Maulana yang dikalahkan oleh He Ji Ting dan Ren Xiang yu dengan keputusan 21-11 dan 21-15.


China menang dengan keputusan 3-1. Ini menyaksikan pasukan China menang Piala Thomas dan Piala Uber serentak untuk tahun 2024 ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama