BAM Cari Jurulatih Perseorangan Lelaki Negara Yang Baru.
Ramai terkejut dengan berita mengenai BAM cari jurulatih perseorangan lelaki negara yang baru dan timbul spekulasi mengenai kedudukan jurulatih sedia ada seperti Hendrawan, Datuk Tey Seu Bock dan James Chua.
Ia susulan iklan kerja yang dimuat naik BAM baru-baru ini. Untuk rekod, Seu Bock bersama BAM sejak 2002, manakala Hendrawan sejak 2009. Jurulatih James pula mula berkhidmat dengan BAM pada 2022.
Bernama berjaya mendapatkan jawapan daripada BAM. Menerusi pengarahnya Michelle Chai berkata;
"Ketika ini mereka masih dalam kontrak bersama kita. Kontrak James akan bersambung sehingga Julai, manakala kontrak Hendrawan dan Seu Bok akan tamat hujung tahun ini.
"Iklan ini hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga. Jika pada bulan Januari nanti, kita mahu ambil jurulatih baharu, kita hanya perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan," katanya.
Michelle berkata, jika seorang jurulatih baharu akan menyertai BAM, mereka akan ditawarkan kontrak bagi tempoh antara dua ke empat tahun.
Post a Comment