-->

Zii Jia Bagi Hint Sertai Piala Thomas 2024

Baru-baru ini ada berita mengenai kemungkinan Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal menarik diri dari sertai Piala Thomas 2024.

.

Ia berikutan masa yang kurang cukup untuk persiapan ke Olimpik nanti. Tampil menjelaskan perkara tersebut, Lee Zii Jia berkata;  


Zii Jia Bagi Hint Sertai Piala Thomas 2024



"Seperti yang anda tahu saya sentiasa menyertai kejohanan berpasukan, tidak kira Piala Thomas atau Piala Sudirman dan saya menghasilkan keputusan yang bagus, jadi saya berharap dapat menyertai lagi untuk kali ini.


"Ketika ini pihak pengurusan sedang melakukan perbincangan dan meneliti semua aspek bersama BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Diharapkan kami dapat mencapai kata putus yang baik untuk menyertai Piala Thomas kali ini," katanya.


Zii Jia kini sedang bersaing di suku akhir Badminton asia championship di china menunjukkan prestasi yang sangat baik apabila layak ke suku akhir hari ini.


Piala Thomas pula akan berlangsung di Chengdu China bermula 28 April sehingga 5 Mei depan.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama