Lee Zii Jia Ketuai Malaysia Belasah Algeria di Piala Thomas 2024

Keputusan positif terus diperoleh Malaysia apabila Lee Zii Jia Ketuai Malaysia Belasah Algeria di Piala Thomas 2024 dalam kumpulan D.


Kemenangan pertama terhasil melalui pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang mudah untuk menang 21-8 dan 21-6 dalam masa 26 minit sahaja.


Kemudian diikuti dengan pemain perseorangan negara, Cheam June Wei mengalahkan Youcef Sabri Medel dengan keputusan 21-9 dan 21-14 dalam masa 21 minit.


Lee Zii Jia Ketuai Malaysia Belasah Algeria di Piala Thomas 2024



Bintang muda, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal mengalahkan Sifeddine Larbaoui dan Mohamed Abdelaziz Ouchefoun dengan keputusan 21-8 dan 21-3 dalam masa 17 minit sahaja.


Justin Hoh juga mudah mengalahkan Mohamed Abderrahime dengan keputusan 21-10 dan 21014 dalam masa 26 minit.


Gandingan baru, Nur Izzudin dan Soh Wooi Yik mengalahkan Koceila Mammeri dan Youce Sabri dengan keputusan 21-13 dan 21-9 dalam masa 25 minit.


Esok skuad negara akan berehat satu hari dan menyambung perlawanan pada 30 April 2024 menentang Denmark.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama