-->

Penampilan Pertama Luqman Hakim Di Liga Jepun

Setelah pengumuman mengenai perpindahan Luqman Hakim di liga Jepun, ramai yang skeptikal dengan perpindahan itu dan mendakwa masih sukar mendapat minit permainan. 


Namun semuanya meleset apabila penyerang negara itu berjaya membuat penampilan pertamanya di bumi matahari naik dengan bermain 13 minit dalam perlawanan itu.


Luqman diturunkan pada minit ke 77 ketika menentang pasukan Mito Hollyhock bagi pusingan pertama Piala Levain.


Penampilan Pertama Luqman Hakim Di Liga Jepun



Dengan kemasukan pemain muda itu, pasukan YSCC Yokohama menang tipis 1-0 hasil jaringan Koki Matsumura pada minit ke-67.


Meskipun YSCC Yokohama beraksi dengan 10 pemain selepas Yutaro Yanagi dilayangkan kad merah pada minit ke-79, mereka berjaya mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan.


Jelas, kehebatan pemain seperti Lukman masih diperlukan dalam skuad negara, bahkan dia hanya memerlukan banyak minit perlawanan bagi mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.


Penyerang muda negara juga perlu fikirkan bagaimana dia boleh menyertai skuad muda negara ke Piala Asia 2023 bawah 23 pada pertengahan April bulan hadapan.


Sudah pasti rakyat malaysia mahu melihat lukman yang baru yang lebih tajam di hadapan pintu gol lawan bagi memperkuatkan skuad harimau malaya nanti.


Syabas dan teruskan usaha!

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama