-->

Lee Zii Jia Dedah Tidak Cukup Sabar Punca Kalah

Selepas melalui kekalahan kepada pemain denmark 15-21 dan 19-21. Lee Zii Jia mendedahkan yang punca kekalahannya adalah kerana dia tidak sabar dan juga banyak melakukan kesilapan mudah.


Zii Jia baru sahaja tewas dalam saingan Yonex French Open 2024 yang berlangsung di venue sama yang akan digunakan di temasya olimpik paris 2024 nanti.


Lee Zii Jia Dedah Tidak Cukup Sabar Punca Kalah



Berkata kepada media, Zii Jia berkata ; 


"Saya mungkin tidak cukup sabar dan melakukan banyak kesilapan mudah. Pukulan pertahanannya membuatkan saya hilang keyakinan. Secara jujurnya, saya tidak dapat mengawal permainan sepanjang perlawanan berlangsung.


"Magnus bermain dengan sangat baik hari ini, sejak dua tahun lalu dia menghasilkan keputusan yang baik dan berjaya melakukan beberapa kejutan ke atas pemain utama. Dia menunjukkan peningkatan prestasi yang cukup baik," kata Zii Jia .


Kini ramai yang bimbang melihat prestasi tidak stabil pemain perseoarangan lelaki no satu negara, Lee Zii Jia selepas kekalahan baru-baru ini.


Di harap perubahan akan berlaku dalam aksi All England yang akan berlangsung minggu Hadapan.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama