-->

Fokus utama adalah Olimpik Kata Aaron Chia

Meskipun gagal memenangi All England 2024, namun pemain beregu lelaki no 1 malaysia, AAron chia dan wooi yik masih menganggap mereka berada di landasan betul untuk Olimpik 2024.


Aaron berkata fokus utama untuk mereka tahun ini adalah Olimpik dan mereka perlu berfikiran positif bagi menghadiahkan pingat kepada Malaysia. 


Fokus utama adalah Olimpik Kata Aaron Chia



"Tahun ini sememangnya fokus utama adalah Olimpik, jadi kami perlu kekal positif. Apa yang penting sekarang adalah kami perlu pamer prestasi konsisten terlebih dahulu.


"Sebab pada Januari dan Februari lalu, prestasi kami ada turun naik, jadi sekarang kami perlu kekalkan momentum ini dan kemudian buat persediaan terbaik untuk Olimpik," katanya.

.


"Kami perlu mengadakan perbincangan bersamanya mengenai kejohanan serta aspek latihan dengan lebih spesifik lagi. Memang ada kelemahan yang perlu diberi fokus dalam tempoh beberapa bulan ini.


"Yang penting, kami tahu apa kelemahan itu dan akan cuba memperbaikinya," katanya.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama