-->

Beregu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi Tidak Layak Ke Olimpik

Impian melihat pemain beregu negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi beraksi di Olimpik menemui jalan buntu apabila mereka tersingkir dari All England kepada gandingan China.


Mereka kalah kepada Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan keputusan 21-15, 21-23, 14-21 dalam perlawanan selama 65 minit.


Beregu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi Tidak Layak Ke Olimpik



Tampil memohon maaf adalah jurulatih mereka, Rosman Razak dan dia tetap bangga dengan usaha yang telah diberikan pemainnya sepanjang persediaan untuk layak ke Olimpik.


Rosman berkata; 


"Kami kecewa dengan keputusan ini, namun sebagai pemain profesional mereka sudah cuba melakukan yang terbaik untuk menutup segala kekurangan dan sedaya mungkin untuk kelayakan kali ini.


"Kami ingin meminta maaf kepada semua di atas kegagalan untuk cuba melayakkan dua pasangan beregu lelaki negara ke Paris 2024.


"Sememangnya ia sangat sukar dengan situasi terlalu ramai pasangan yang berkedudukan dan bermatlamat sama seperti kami.


"Terima kasih tidak terhingga kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang sentiasa membantu barisan pemain profesional dalam misi ke Olimpik kali ini.


"Tanpa bantuan dan sokongan perubatan dan sains sukan yang diberikan kepada kami terutama semasa proses pemulihan kecederaan Ee Yi, sudah pasti kami tidak akan sampai hingga ke proses kelayakan terakhir," kata Rosman.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama