Menjelang aksi Piala Thomas 2024, Skuad Malaysia seakan-akan mahu memenangi kejuaraan itu selepas kali terakhir menang ketika zaman adik beradik misbun dahulu.
Kejohanan yang dijangka akan berlangsung pada 27 april sehingga 5 mei depan menjadi kayu pengukur kekuatan skuad kebangsaan untuk Sukan Olimpik nanti.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata,
"Denmark mempunyai pemain yang cukup seimbang dalam acara perseorangan, mereka ada Axelsen dan Antonsen.
"Mungkin kalau tengok prestasi semasa mereka tidak bermain baik ketika Seluruh England, berbeza berbanding di Terbuka Malaysia dan Masters Indonesia (Antonsen juara kedua-dua kejohanan).
"Namun, pada hakikatnya mereka tetap pemain perseorangan yang sangat kuat. Saya tidak pasti siapa akan diturunkan sebagai perseorangan ketiga sama ada Gemke atau Johannesen tetapi kedua-duanya juga kuat," katanya.
"Kalau dilihat kedua-dua pasangan itu ada peluang yang seimbang. Ia bergantung kepada siapa yang beraksi lebih baik pada hari perlawanan.
"Beregu kedua kita juga perlu sumbang mata, bukan cakap beregu kedua Denmark (Rasmus Kjaer-Frederick Sogaard) tidak bagus tetapi kita tiada pilihan kerana inilah yang kita perlu untuk menang ke atas Denmark," katanya.
Catat Ulasan
Jom komen ! :)