Skuad Badminton Lelaki Kalah Kepada China, Gagal Kekalkan Kejuaraan BATC 2024

Sedih! skuad badminton lelaki kalah kepada china dalam aksi final Badmiinton Asia Team BATC 2024 sebentar tadi dengan keputusan 3-0.


Berita yang mengecewakan rakyat Malaysia apabila harapan melihat skuad badminton kebangsaan meraih kejuaraan kali kedua berturut-turut tidak 


Skuad Badminton Lelaki Kalah Kepada China



Barisan pemain yang nampak tempang setelah kehilangan Ng Tze Yong dan Lee Zii Jia menyebabkan kesukaran pasukan ini memenangi perlawanan akhir.


Skuad negara kalah dalam perlawanan pertama dengan Jun Hao kalah kepada Weng Hong Yang dengan keputusan 17-21 dan 19-21. Jun Hao di beri peranan untuk mendapatkan mata pertama tetapi gagal dan menjadi permulaan kepada Skuad Badminton Lelaki Kalah Kepada China.


Pemain beregu no 1 negara juga gagal untuk menang dengan pemain China Xie Hao Nan-Zheng Wei Han deengan keputusan 21-16 16-21 23-21. 


Pemain muda negara Eogene Ewe juga kalah dalam perlawanan terakhir menyaksikan pasukan negara kalah 3-0 dan gagal mengekalkan kejuaraan mereka.


Entahlah apa punca kegagalan skuad negara walaupun bermain dihadapan penyokong sendiri. Mungkin terlalu penat ataupun hilang semangat selepas dua pemain utama cedera.


Bukan apa, tengok fans dekat stadium bersorak bagai nak rak. Dekat rumah lagi lah jangan cakap tetapi hasilnya tetap mengecewakan.


Adakah mereka sudah bersedia untuk beraksi di Olimpik Paris pada Julai nanti? kalau masih dengan prestasi sama, fans bakal saksikan satu lagi kekecewaan untuk perlawanan badminton negara.


Apa-apa pun, semoga berjaya dengan kejohanan-kejohanan lain selepas ini dan teruskan berusaha shingga berjaya dan kami kekal setia di belakang anda walaupun anda kalah dan menang.


Ayuh Malaysiaku!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama