KDA FC Tak Dimaklumkan Mengenai Perlawanan Dengan Santos FC

Desas desus mengenai pembatalan perlawanan Kedah Darul Aman  FC vs Santos FC daripada Brazil akhirnya terjawab. Pengurusan kelab berkenaan maklumkan yang ada salah faham diantar promoter dengan kelab Santos FC sendiri. 


KDA FC Tak Dimaklumkan Mengenai Perlawanan Dengan Santos FC



Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin, 


"Kami ada menerima pelawaan daripada promoter untuk membawa kelab ternama dari Brazil iaitu Santos FC bagi mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di Kedah dan diberi tarikh pada 17 Februari.


"Mengikut perancangan awal itu, kami tidak boleh. Kami juga sudah maklumkan tidak bersedia untuk perlawanan itu sebab kami belum lagi memulakan latihan pasukan dan rancangan latihan kami pula hanya bermula sekitar tarikh berkenaan.



"Namun kami terkejut apabila mendapati pihak Santos FC telah mengeluarkan jadual perlawanan tersebut (17 Februari) dilaman rasmi kelab berkenaan dua hari lalu dan bila kami bertanya semula kepada pihak promoter berkenaan, beliau memberi maklum balas adanya salah faham berkaitan perancangan yang diatur itu," katanya.


"Tidak ada sebarang persetujuan rasmi dari pihak KDA FC dan ia hanya sekadar jemputan secara mulut daripada pihak promoter atau pengantara.


"Untuk sebarang aksi persahabatan, pihak pengurusan pasti akan rujuk terlebih dahulu dengan pasukan dan dari awal lagi memang kami tidak bersedia pada tarikh yang dicadangkan itu kerana pihak kami (pasukan) belum sempat membuat persediaan latihan.


"Jadi promoter akan maklumkan Santos FC untuk pembatalan aksi perlawanan ini dan dalam masa yang sama, kami tetap menghormati pihak Santos FC yang telah meletakkan nama kami dalam senarai antara pasukan dalam saingan mereka," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama