EPL perkenal KAD BIRU untuk hukum pemain bola sepak

Berita mengejutkan diumumkan oleh liga perdana inggeris yang akan menggunakan kad biru sebagai kad tambahan untuk pengadil menghukum pemain.


Memang masih ramai tak tahu bagaimana kad biru berfungsi dalam bola sepak. Adakah akan diguna pakai dalam liga super Malaysia yang bakal bermula pada Mei?


EPL perkenal KAD BIRU untuk hukum pemain bola sepak



Kita sudah maklum mengenai kad merah dan kad kuning yang diguna pakai sejak sekian lama. Namun kemunculan kad biru dikatakan mampu melancarkan lagi permainan bola sepak.


Fakta Menarik


1.Ramai jurulatih EPL bantah penggunaan kad biru untuk musim hadapan.


2. Liga Super Malaysia tidak guna kad biru setakat ini.


3. International Football Association Board yang buat peraturan baru bola sepak menangguhkan hasrat menggunakan kad biru dalam masa terdekat.


4. Pemain yang dapat kad biru akan direhatkan 10 minit daripada perlawanan dan pasukan itu akan bermain kurang seorang pemain.


Jurulatih Bantah


Sejak semalam beberapa jurulatih liga perdana inggeris mula meluahkan rasa kekecewaan mereka mengenai penggunaan kad baru ini. antara yang lantang bersuara adalah Jurgen klopp dan juga Ange Postecoglou.


Klopp yang melatih pasukan Liverpool berkata ;


"Saya fikir segala-galanya kita perlu menjadikannya mudah semudah mungkin, bagi pengadil juga," kata pengendali dari Jerman itu semalam.


"Ia satu tugas sukar. Saya fikir pengenalan kad biru akan menuju kegagalan juga.


"Persoalan yang timbul: 'Ia kad biru, sepatutnya ia kad kuning selama ini? Kini berehat selama 10 minit. Pada masa lalu ia sepatutnya kad merah atau hanya kad kuning'.


"Ia tidak kelihatan seperti satu cadangan yang bernas sejak ia didedahkan tetapi sebenarnya saya tidak pernah ingat mana-mana idea fantastik datang daripada mereka ini, jika mereka pernah mengutarakannya. Saya sudah berusia 56 tahun, tidak pernah."


Bos Tottenham, Ange Postecoglou pula berkata ;


"Saya tidak fikir orang akan terkejut dengan pandangan saya mengenainya. Saya bergelut untuk memahami perkara ini dan tiba-tiba mereka mahu memperkenalkan perkara baharu," katanya.


"Saya tidak fikir ada terlalu banyak kesilapan dengan permainan seperti yang saya lihat. Isu terbesar saya dengan permainan ini ketika ini adalah VAR yang mengubah pengalaman, sama ada anda seorang pemain, seorang pengurus atau seorang penyokong.


"Lebih daripada itu, saya tidak tahu kenapa warna kad berbeza akan membuat sebarang perubahan."


Penutup


Jika anda masih keliru, setakat ini masih belum ada penggunaan kad biru bola sepak di Malaysia. Ia masih diperingkat cadangan badan yang menggubal undang-undang bola sepak.


Bahkan menurut laporan, ia belum di bawa ke FIFA untuk dilakukan ujian dalam perlawanan sebenar. jadi tak perlu risau dan mungkin akan memakan masa yang lebih lama seperti penggunaan VAR sebelum ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama