-->

Basikal Trek : Datuk Azizulhasni Awang Raih Emas Keirin Piala Negara-Negara Berbasikal

Walaupun terpaksa ambil ubat menahan kesakitan, Bintang dan jaguh pecut berbasikal trek negara, Datuk Azizulhani Awang  berjaya memperoleh pingat emas dalam acara keirin di Piala Negara-Negara Berbasikal Trek UCI di Adelaide sebentar tadi.


Azizul atau Jijoe menewaskan peserta lain seperti Jack Carlin (Great Britain) dan Matthew Richardson (Australia) yang terlebih awal mendominasi permulaan acara ini namun tewas kepada beliau.


Basikal: Datuk Azizulhasni Awang Raih Emas Keirin Piala Negara-Negara Berbasikal



John Beasley mendedahkan Azizulhasni kini perlu mengambil ubat perikarditis bagi masalah jantungnya. Bagi yang tidak tahu Perikarditis adalah keradangan perikardium yang boleh menyebabkan cecair berkumpul di dalam karung perikardium yang boleh menghalang jantung menjalankan kerjanyanya.


Keputusan di tempat kedua menjadi milik pelumba Jepun Shinji Nakano dan ditempat ketika menjadi milik Kaiya Ota juga dari jepun. 

 

Kemenangan ini menyaksikan Azizul Hasni akan mnejadi atlet utama negara dalam aksi Sukan Olimpik Paris dalam misi memburu emas pertama buat negara. 


Ia juga membri khabar gembira buat pecinta sukan berbasikal negara dan menarik nafas lega masih mempunyai Jijoe yang bermain dengan baik sehingga sekarang ini.




Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama