Terengganu buru khidmat Akram Mahinan

Belum lagi buka liga, pasukan Terengganu di lihat sudah mula mencari pemain-pemain baru bagi memperkuatkan pasukan itu. Liga M dijangka akan bermula minggu kedua bulan 5 nanti.


Jadi masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi yang lebih baik sebelum sepak mula. Kini nama bekas pemain kebangsaan dan juga KL City menjadi sebutan.


Terengganu buru khidmat Akram Mahinan



Sebenanya sudah lama pemain ini di kaitkan dengan Terengganu cuma kali ini angin bertiup lebih kencang. Pemain tersebut adalah Akram Mahinan.


Malah seperti dilaporkan oleh Harian Metro mengatakan bahawa sudah ada perbincangan dengan pemain itu dan dijangkan akan diumumkan selepas semuanya selesai.


Bahkan mereka juga merancang untuk meletekkan Akram bergandingan dengan Nurillo di bahagian tengah selepas Habib Haroon dan Omid Nazari secara rasmi tidak menyambung kontrak mereka.


Pengalaman Akram mengemudi bahagian tengah memang tak boleh dinafikan lagi. Ketenangan dan kepintaran dia membaca perlawanan mampu membantu TFC bermain lebih baik pada musim hadapan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama