Selepas Klopp, Xavi pula Umum Tinggalkan Barcelona

Agak mengejutkan apabila Jurulatih Barcelona, ​​Xavi Hernandez memberitahu media yang dia akan meninggalkan pasukan itu selepas kekalahan 3-5 kepada Villareal.


Xavi pula Umum Tinggalkan Barcelona



Xavi berkata; berkata, 


"Mulai 30 Jun saya tidak akan meneruskan tugas sebagai jurulatih Barca... sebagai peminat Barca, saya rasa kelab memerlukan perubahan dinamik.


"Sebagai seorang di dalam kelab, saya fikir perkara terbaik adalah untuk saya pergi ... saya akan memberikan yang terbaik dalam empat bulan yang berbaki.


"Saya fikir kami dapat mengharungi musim yang baik dan akan berlaku perubahan yang dinamik," katanya. 


Perlawanan yang berlangsung semalam melihatkan Gerard Moreno dan Ilias Akhomach terlebih dahulu menjaringkan gol dan meletakkan Villarreal mendahului.


Selepas itu, Ilkay Gundogan dan Pedri menjaringkan gol penyamaan dan kemudian Eric Bailly menanduk masuk ke gawangnya sendiri untuk membolehkan barcelona mendahului villareal.


Namun kegembiraan itu bertukar tragedi apabila Goncalo Guedes merembat masuk pada minit ke-84 sebelum jaringan Alexander Sorloth pada masa kecederaan dan Jose Luis Morales menyaksikan Barcelona terpaksa akur dengan kekalahan besar merekaa musim ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama