Jordi Amat Bangga Layak ke Pusingan 16 terbaik

Pemain pertahanan JDT, Jordi Amat berkata dirinya dan rakan-rakan dalam skuad Indonesia bangga dengan pencapaian mereka di pusingan 16 terbaik Piala Asia. 


Pada masa yang sama Jordi berkata ini satu perkara gila yang berlaku terhadap pasukan kebangsaan Indonesia. Pasukan Timnas Indonesia layak ke pusingan seterusnya selepas berada di kedudukan keempat dalam kumpulan pasukan 3 terbaik.


Jordi Amat Bangga Layak ke Pusingan 16 terbaik



Mereka akan bertemu Australia pada 28 Januari 2024 ini.


Jordi berkata; Doha: 


"Kami mencipta sejarah. Ini sungguh gila dan kami berhak untuk mendapatkannya walaupun berada di kumpulan sangat sukar namun masih berjaya mengatasi cabarannya.


"Kejayaan ini mampu dikecapi hasil daripada sokongan padu penyokong sepanjang kami mengharungi saingan peringkat Kumpulan D.


"Setiap pemain bekerja keras dan kami semua adalah satu keluarga. Bagi saya, semua orang memberikan yang terbaik untuk jersi ini.


"Kami sangat bangga kini dan sudah tentu akan memberikan segala galanya untuk pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023, malah saya yakin kami akan memiliki pertandingan lebih berkualiti," katanya 



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama