Hamza Al-Dardour Dihantar Pulang Selepas Bergaduh dengan Jurulatih

Jika anda menonton perlawanan di antara Iraq dan Jordan semalam, pasti anda sudah tahu dan kenal siapa Hamza Al-Dardour ni. Dia yang juga penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan Jordan itu mencipta satu suasana tidak elok dalam kem Jordan.


Hamza Al-Dardour Dihantar Pulang Selepas Bergaduh dengan Jurulatih



Dia di lihat bergaduh dengan jurulatih, Hussein Ammouta ketika perlawanan masih berjalan sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah kepadanya. 


Hamza Al-Dardour terpaksa ditenangkan rakan pasukan selepas berlaku pergaduhan tersebut. Kalau korang masih ingat, dia pernah dimasukkan dalam perlawanan menentang Malaysia dan Bahrain ketika di peringkat kumpulan baru-baru ini.


Jordan FA membuat satu kenyataan yang mengatakan Hamza Al-Dardour telah melanggar arahan pasukan dan telah dihantar pulang ke Jordan.


Ia menjadi satu tamparan hebat buat pasukan Jordan di sebalik berjaya memenangi perlawanan menetang Iraq dengan penuh dramatik 3-2 dalam masa kecederaan.


Semoga Jordan boleh terus menang dalam perlawanan menentang Tajikistan tidak lama lagi.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama