Banyak Perkara Perlu di Perbaiki - Garrido

Meskipun menang dengan pasukan hebat seperti China, Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido tidak mahu terlalu awal mendabik dada. Skuad negara yang di wakili harimau muda berjaya mengalahkan China dengan jaringan 1-0.


Banyak Perkara Perlu di Perbaiki - Garrido


Perlawanan yang berlangsung di tempat lawan itu membuka mata banyak pihak mengenai kelebihan dan kekuatan pasukan yang dibawah latihan Garrido.


Pelatih asal dari Sepanyol itu berkata; "Saya gembira dengan prestasi pemain dan perkara penting sudah menemui aspek yang perlu diperbaiki. Barisan kejurulatihan akan cuba memperbaiki kelemahan dan melakukan beberapa perubahan kelak.


"Secara keseluruhan prestasi pemain adalah memuaskan kerana berjaya mengatasi China yang dilihat antara pasukan kuat di Asia.


"Untuk perlawanan akan datang, saya menjangkakan lebih sukar kerana akan bertemu lawan yang sama sekali gus mereka melakukan persiapan rapi untuk mengatasi kita,"katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama