Sri Pahang Bangkit ikat Terengganu

Sri Pahang Bangkit ikat Terengganu. Semalam, kita saksikan 4 gol terhasil dari perlawanan yang berlaangsung di stadium darul makmur dan kita juga menyaksikan pasukan tuan rumah membuat comeback dari ketinggalan 2 gol untuk mendapatkan satu mata.


Sri Pahang Bangkit ikat Terengganu

Terengganu yang hadir tanpa kelibat beberapa pemain utama mereka dilihat lebih mendominasi perlawanan. termasuklah dua gol awal sebelum di samakan kedudukan dengan sri pahang.


Gol pertama terhasil pada minit ke 24 selepas Omid Nazari menanduk masuk bola sepakan sudut yang iambil oleh Liridon Krasniqi.


Gol kedua pula muncul pada minit 72 juga menerusi omid nazari. Kali ini menerusi sepakan percuma cantik dari kotak penalti yang menerjah masuk. Penjaga gol sri pahang hanya dapat melihat bola itu masuk sahaja ke gawangnya.


selang beberapa minit, pada minit ke 78 gol yang dicari oleh sri pahang muncul menerusi sepakn lencong rafael da silva. Ia menewaskan rahadiazli apabila dia tidak menghalang bola itu.


Gol penyamaan muncul selang dua minit sahaja dan kali ini menerusi sergio auero. Dia hanya membuat bola lambung dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol tinggi lampai Rahadiazli.


Keputusan akhir sri pahang 2-2 Terengganu.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama