Perak Bantai Kelantan FC

 Terlalu banyak gol yang dicipta dalam perlawanan perak vs Kelantan fc semalam. Pasukan tuan rumah bermain sangat baik dan berjaya mengalahkan pasukan pelawat dengan jaringan 8-0. Sesuatu yang luar jangka buat Perak yang pada awalnya bergelut mencipta kejayaan namun sekarang sudah semakin baik.


Perak Bantai Kelantan FC



Gol pertama perak terhasil dari percubaan Millunovic pada minit ke 14. percubaannya terus masuk ke gawang gol kelantan dan menewaskan penjaga gol pasukan itu.


Gol kedua muncul pada minit ke 17 menerusi wan zack haikal selepas dia mendapat bola muntah hasil cabaran seo seon-ung terhadap penjaga gol kelantan.


Pada minit ke 25, Millunovic menjaringkan gol ketiga pasukan dan gol keempat muncul pada minit ke 33 menerusi pemain yang sama.


Shivan Fillay berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol apabila dia menanduk masuk bola sepakan suduh menewaskan penjaga gol kelantan. 


Menjadikan kedudukan sebelum rehat babak pertama Perak 5-0 Kelantan.


Bersambung babak kedua, pemain pasukan perak dijatuhkan pada minit ke 49 dan tugas sepakan penalti di ambil oleh Seo Seon Ung dan berjaya menjaringkan gol tersebut.


Pada minit ke 66 Seo sekali lagi menjaringkan gol selepas membuat percubaan leret dari luar kotak penalti dan menewaskan penjaga gol kelantan FC.


Sebelum tamat perlawann, Luciano Guaycochea menutup malam gemilang Perak dengan gol kemenangan terakhir mereka PADA minit ke 84.


Keputusan akhir, Perak 8-0 kelantan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama