JDT Juara Liga Super Buat Kali ke 10 Berturut-turut

 Awal tak kalut! itulah perumapaan kemenangan awal JDT dalam saingan liga super 2023 selepas mereka mengalahkan Pdrm dengan jaringan 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Jelas terpancar kegembiran penyokong JDT apabila kejayaan merangkul kejuaraan liga buat kali ke 10 dapat direalisasikan oleh pasukan mereka.


JDT Juara Liga Super Buat Kali ke 10 Berturut-turut


Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Beergson pada minit ke 37 dan kemudian Juan Muniz menjaringkan gol ke dua JDT pada minit ke 40.

Bersambung babak kedua, JDT menjaringkan gol ketiga mereka menerusi arif aiman. Manakala gol keemapt di jaringkan oleh Forestieri.

Kemenangan ini juga menandakan pasukan Jdt menjadi pasukan pertama yang memenangi liga super 10 kali berturut-turut. Buat musim ini setakat ini masih belum dikalahkan oleh mana-mana pasukan dalam liga lagi.

Jadi mungkinkah mereka akan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka lagi musim ini? sama-sama kita nantikan.





Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama