Sri Pahang Nak Ikat Import Kedah

Menjelang pertemuan dengan Kedah, Jurulatih sri pahang berazam mahu mengikat rapi duo import kedah yang boleh memberi ancaman kepada pasukan itu.

Fandi Ahmad berkata;


Sri Pahang Nak Ikat Import Kedah



"Kekuatan Kedah kini ialah di bahagian tengah dan serangan dengan adanya Ott serta Ifedayo sebagai nadi utama pasukan itu.


"Oleh itu, pemain perlu bekerja keras untuk mengekang asakan daripada pasukan tuan rumah terutama dua pemain ini (Ott dan Ifedayo," kata legenda bola sepak Singapura itu.


"Rafael Silva, Fadhli Shas dan Abdul Malik Mat Ariff pula cedera yang menyaksikan perubahan formasi bakal dilakukan.


"Bagi saya, peluang seimbang buat kedua-dua pasukan dan hanya komitmen, disiplin, semangat berpasukan, fokus serta kemahuan akan mencapai misi kemenangan," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama