Kim Pan Gon Risau Aksi Anak Buahnya di Tempat Lawan

Kelebihan Harimau malaya bermain di tempat sendiri sudah tidak boleh disangkal lagi. Kita menang semua perlawanan kecuali kalah hanya sekali kepada Bahrain. Tetapi apabila kita bermain di tempat lawan, kita kalah dua kali kepada Vietnam dan Thailand.


Kim Pan Gon Risau Aksi Anak Buahnya di Tempat Lawan


Oleh sebab itulah jurulatih Malaysia, Kim pan gon mahu anak buahnya menyesuaikan diri dengan perlawanan di tempat lawan agar memudahkan mereka memenangi perlawanan di Piala Asia nanti.


Malaysia Perlu Menang di Tempat Lawan - Kim Pan Gon

"Beraksi di laman sendiri, kami hanya tewas sekali kepada Bahrain tetapi apabila bermain di tempat lawan, kami tewas kepada Vietnam dan Thailand. Perlawanan di tempat lawan berbeza dari segi keadaan, penyokong dan segala-galanya.


"Kami akan menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di tempat sendiri dan tempat lawan dan juga perlawanan di tempat lawan adalah sangat penting termasuk semua perlawanan Piala Asia tahun depan di tempat lawan. Ia bagus untuk kami dan akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman bermain dengan pasukan lain di tempat lawan," katanya.


Pan Gon berkata demikian semasa ditemui pada hari pertama sesi latihan rasmi Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini hari ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama