JDT Gagal Rai Kejuaraan Liga Awal Selepas diikat Kedah

Pendahulu liga, JDT diikat pasukan Kedah di Stadium Darul Aman dalam perlawanan liga super yang ke 21. Keputusasn perlawanan 3-3 yang menyaksikan pasukan JDT gAgal meraikan kemenangan liga lebih awal jika mereka memenangi perlawanan ini.


Perlawanan berlangsung di hadapan 12 ribu penyokong tuan rumah. JDT terlebih dahulu mengasak seawal minit ke 5 namun penjaga gol kedah berjaya menghalang percubaan bergson da silva itu.


Kedah pula membuat percubaan ke gawang jdt melalui pemain tengah Moses Atede namun Syihan berjaya menghalangnya.


JDT Gagal Rai Kejuaraan Liga Awal Selepas diikat Kedah



Pada minit ke 35, kedah berhasil mendapatkan gol pertama menerusi Ifedayo yang menanduk bola ke gawang jdt menerusi sepakan sudut Hidalgo.


Bersambung separuh masa kedua, kedah terus menyerang dan mendapat gol kedua menerusi Manuel Ott pada minit ke 49.


JDT Bangkit dengan 3 gol membalas tekanan bolos dua gol awal. Gol pertama jdt dijaringkan oleh Corbing Ong selepas dia mendapat bola hantaran Shane Lowry.


Kemudian Heberty mendapatkan gol kedua jdt pada minit ke 55. menjadikan kedudukan ketika itu 2-2. Pada minit ke 73, JDT mendapatkan gol ketiga untuk mendahului perlawanan menerusi arif aiman.


Seakan-akan keputusan sudah memihak kepada JDT, Amirbek juraboev menghadiahkan gol ketiga kedah pada minit akhir perlawanan dan berjaya mencuri  mata dari perlawnaan tersebut.


keputusan akhir, Kedah 3-3 JDT.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama