Saya sangat-sangat marah dengan Ivan Mamut - Jurulatih Terengganu

Insiden pergaduhan di antara pemain import terengganu fc mendapat perhatian jurulatih pasukan berkenaan. tomislav steinbrückner berkata dia sangat marah dengan Ivan Mamut kerana tindakannya menyerang kawan sepasukannya selepas perlawanan berkenaan.


Saya sangat-sangat marah dengan Ivan Mamut




tomislav steinbrückner berkata "Saya sangat-sangat marah dengan dia (Ivan Mamut) disebabkan dalam perlawanan menentang JDT sebelum ini dia baru sahaja mendapat kad merah.


"Saya boleh faham tindakan dia kerana mungkin berasa kecewa apabila terlepas beberapa peluang menjaringkan gol namun dia tidak sepatutnya melakukan itu.


"Dia tidak boleh bersikap begitu terutama perlawanan sudah pun tamat. Dia sendiri perlu jadi lebih bijak. Saya juga dapat tahu bahawa dia ada mendengar konfrontasi daripada pemain lawan jadi mungkin disebabkan itu," katanya 

"Saya tidak akan bercakap terus selepas permainan tamat perlawanan kerana risau akan mengeluarkan perkataan-perkataan yang salah. Selain itu saya memilih untuk tidur dahulu kerana esok diri saya lebih bijak dari semalam (malam tadi)," katanya 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama