KL City kecewa Penyokong dibelasah di Stadium Sultan Ibrahim, Johor

Selepas insiden pergaduhan berlaku di Stadium Sultan Ibrahim baru baru ini ketika aksi final piala fa, KL City tampil mengeluarkan kenyataan mengecam tindakkan keganasan yang berlaku kepada penyokong dan pada masa yang sama KL juga melahirkan rasa simpati keatas mangsa dan keluarga mangsa.


KL City kecewa Penyokong dibelasah di Stadium Sultan Ibrahim, Johor


"Kami mengecam sebarang bentuk keganasan tidak kira sama ada melibatkan penyokong kami mahupun pihak lain. "Penggunaan kekerasan sama ada di dalam mahu pun luar stadium telah membayangi pertembungan sengit di atas padang dan tidak seharusnya mendapat tempat di dalam dunia sukan.



"Ingatan kami juga tertumpu kepada ahli keluarga City Boys yang menjadi saksi terhadap kejadian yang memilukan ini dan terkesan akibatnya. Kepada mana-mana penyokong yang dicederakan kami seikhlas hati menghulurkan bantuan untuk anda," katanya.


"Di Kuala Lumpur City FC, kami mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap sebarang penggunaan kekerasan dalam kawal selia penonton.


"Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk berkongsi pengalaman dalam hal kawalan keselamatan di stadium serta pengurusan penonton.


"Kami juga menyeru agar pihak-pihak yang berkenaan untuk menitikberatkan hal-hal membabitkan keselamatan serta mempertimbangkan keperluan penambahbaikkan Langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan insiden seperti ini berulang di masa hadapan.


"Matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan persekitaran selesa di mana penyokong datang ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka, menikmati perlawanan dan bebas daripada sebarang ancaman pembuat kacau," tambahnya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama