Kelantan Perlu Bayar Gaji Penuh dan Kos Tiker Penerbangan kepada Bekas Jurulatih Choi Moon Sik - AGEN

Pasukan dari pantai timur ini umpama makin terjerumus dengan masalah kewangan. Terbaru, selepas kemenangan kes bekas jurulatih mereka dari KOrea, Choi moon sik, agen jurulatih berkenaan berkata pasukan Kelantan perlu membayar ganti rugi satu musim gaji dan juga tiket penerbangan.


Kelantan Perlu Bayar Gaji Penuh


ejen Moon-sik iaitu Myeongho Jeong menjelaskan perkara itu kepada kepada Arena Metro, kes Moon-sik yang diheret ke Fifa mendapati TRW bersalah dan kelab terbabit harus membayar pampasan gaji selama semusim.


"Saya dah menang (menang kes Moon-sik di Fifa). Mereka (Kelantan FC) perlu membayar gaji penuh semusim, dan juga kos tiket penerbangan," katanya ketika dihubungi Arena Metro.


Nilai pampasan itu mencencah jutaan ringgit. selain itu, dua pemain import kelantan juga menang kes dengan FIFA keatas pasukan itu. pemain itu adalah Kervens Belfort dan Fadel Mohammad Antar .

persoalannya sekarang ini, mampukah pemilik baru membayar hutang-hutang tersebut? atau mereka tidak berminat untuk membeli pasukan itu?

sama kita nantikan kesudahan cerita ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama