Kedah mudah tewaskan Pdrm

Pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC tidak punya masalah untuk mengalahkan pasukan dari lembah klang, PDRM fc dalam perlawanan ke enam belas liga super 2023.


Dalam perlawanan tersebut, skuad kedah menang dengan jaringan 2-0. Kedah yang bermain di hadapan penyokong lawan membuat percubaan pada minit ke 14 menerusi al hafiz harun. namun percubaanya ditampan oleh penjaga gol lawan.


Kedah mudah tewaskan Pdrm





Kemudian pdrm juga mempunyai peluang namun percubaan uche agba  tidak tepat. bersambung babak kedua, pada minit ke 80 kedah mendapat penalti.


Ia berikutan dari pemain pdrm yang menampan bola hantaran lee tuck dengan menggunakan tangan. Ifedayo mengambil dan menjaringkan gol tersebut.


Sebelum tamat permainan, Kedah mendapat satu lagi penalti apabila Fadi Mahmoud membuat tackle kepada lee tuck dalam kotak penalti.


Tuck mengambil dan menyempurnakan malam bahagia kedah dengan gol kedua mereka. keputusan akhir, Pdrm 0 - 2 kedah.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama