" Allah tidak pernah tidur " Faisal Halim

Faisal halim yang baru sahaja diumumkan pergantungan dia sebagai pemain bola sepak oleh FAM untuk 4 bulan kedepan kini menyerahkan nasibnya kepada Allah atas apa yang berlaku.


" Allah tidak pernah tidur " Faisal Halim



Faisal yang memuat naik satu posting di instagramnya menulis


"Allah tidak pernah tidur", tulisnya sambil meletakkan emoji menadah doa.


Dalam satu knyataan media dikeluarkan oleh Selangor FC, mereka memaklumkan Jawatankuasa Tatatertib FAM mengenakan tindakan terbabit susulan kenyataan media yang dibuat pemain kebangsaan itu.


Faisal mula menjalani pergantungan sehingga 23 ogos bulan depan. Pergantungan sebulan dimulakan terlebih dahulu dan baki 3 bulan lagi mengikut kelakuan baik pemain berkenaan dalam 12 bulan selepas itu.


Faisal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (kenyataan akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (sumbangan kepada media).


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama