-->

Persiapan Singkat Skuad B22 ke Sukan SEA?

Ramai yang gusar menantikan skuad bawah 22 tahun negara yang kelihatan 'Sunyi' berbanding pasukan lain yang bersaing dalam sukan SEA kali ini. Ada yang beranggapan bahawa Malaysia tidak menghantar skuad dalam acara bola sepak nanti. Tetapi sebenarnya Malaysia akan bersaing dengan pasukan lain seperti biasa.


Persiapan Singkat Skuad B22 ke Sukan SEA?


Cumanya tarikh permulaan game skuad Elavarasan agak lambat sikit dan hanya akan memulakan kempen pada 3 Mei ini menentang pasukan Laos.

Malaysia diundi dalam kumpulan maut bersama dengan pasukan Vietnam, Thailand, Laos dan juga Singapura.

Jurulatih skuad b22 tahun negara berkata; 

"Cara kita buat tahun ini lain sikit sebab kita ada kem pertama, kem kedua dan kem ketiga.

"Walaupun lewat dia (pemain dikumpulkan) sampai, tapi dia tahu matlamat kita, modul kita, jadi untuk saya bukan isu lewat sampai ke apa.


"Bagi saya, kita dah buat banyak latihan dan tunjuk ajar untuk pasukan yang kita panggil sekarang," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.

"Fokus utama kita perlu melakukan yang terbaik, mudah saja bukan kecergasan ke apa…sebab tiga hari buat persediaan dan terus terbang ke Kemboja (esok).


"Lepas itu pada 3 Mei kita sudah sedia untuk aksi pertama, sebelum main lagi pada 6, 8 dan 11 Mei, sebelum ke separuh akhir dan final pada 13 dan 16 Mei," katanya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama