-->

JDT Mudah Kalahkan Kuching City

JDT Mudah Kalahkan Kuching City. Semalam perlawanan ke 11 liga super melibatkan pasukan JDT dan juga Kuching City yang menyaksikan kemenangan bagi pihak pasukan dari Johor itu.

Seperti kebiasaan, pasukan JDT tidak punya masalah dalam memenangi setiap perlawanan liga super 2023 ini. JDT membuka jaringan seawal minit ke 3 menerusi jaringan Forestieri. Dia mendapat hantaran cantik daripada Jordi Amat.


JDT Mudah Kalahkan Kuching City


Pada mini ke 6 pula, Bergson berjaya mendapatkan tandukan namun bola terkena palang. Percubaan dia juga sekali lagi terkena palang pada minit ke 24.

Kemudian pada minit ke 36, Forestieri berjaya menjaringkan gol kedua JDT dan keputusan kekal 2-0 separuh masa pertama.

bersambung separuh masa kedua, bergson mendapat gol yang dicarinya pada minit ke 68 untuk gol ke 3 JDT. Kemudian Juan Muniz menutup malam gemilang JDT dengan jaringannya pada minit ke 72. 

Keputusan akhir, Kuching Ciy 0 - 4 JDT.

Ulasan perlawanan.

Jdt masih mempunyai skuad yang mantap dan sukar digugat. Mereka bermain dengan falsafah mereka sendiri sehinggakan pemain lawan hanya mampu bertahan sahaja dan kurang menyerang.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama