-->

Biodata Fergus Tierney Pemain Malaysia U22

Biodata Fergus Tierney Pemain Malaysia U22. Memandangkan skuad sukan SEA tengah bersemangat berjuang mendapatkan pingat emas, jadi kami pilih untuk kongsikan biodata mereka supaya kita yang menyokong ini lebih mengenali pemain-pemain muda negara. 


Biodata Fergus Tierney Pemain Malaysia U22


Kali ini, pemain tumpuan aku adalah Fergus Tierney yang bermain di posisi Penyerang.

Pengenalan dan Biodata Pemain

Full Name : Fergus Tierney

Tarikh Lahir 19 March 2003 (age 20)

Tempat Lahir Scotland, United Kingdom[1]

Tinggi 1.85 m (6 ft 1in)

Posisi Midfielder

Tierney dilahirkan pada tahun 2003 di Scotland dan memegang pasport British. Tierney telah dibesarkan dan tinggal sepanjang hayatnya di Pulau Pinang, Malaysia, yang membolehkannya menjadi pemain naturalisasi.

Memulakan kerjaya mudanya di Malaysia dengan Soccer Experience F.C. dan perkembangan bola sepak remajanya menjadi bertambah baik apabila dia bermain bertemu dengan lawan yang bermain di luar negara. 

Dia juga pernah bermain menentang pemain muda kelab Atletico Madrid, Osasuna dan lain-lain

Diusia muda Fergus tierney sudah didedahkan dengan akademi antarabangsa dan dia juga telah dijemput untuk berlatih dengan kelab EPL seperti Sunderland A.F.C., Leicester City F.C., Dundee F.C. FC Goa, St Johnstone F.C. dan lain-lain.


Kerjaya Kelab

Fergus merupakan pemain JDT sejak tahun 2022 dan dia juga pernah berlatih dengan Penang FC sebelum itu.


Fergus Tierney ada Darah Malaysia?

Sebenarnya tidak! Cumanya dia sudah tinggal di Malaysia sejak dari kecil jadi dia layak untuk bermain untuk Malaysia. Dia juga merupakan anak kepada bekas pemain import Penang FC iaitu Marin Tierney tau. Orang penang mesti kenal legend ni kan.

Akhir sekali semoga berjaya buat pemain muda, Fergus Tierney dalam mencari dan membina karier bola sepaknya di Malaysia. Good luck juga untuk sukan SEA nanti!


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama