-->

Badminton Sudirman Cup: Malaysia Tumbang di Tangan Korea Selatan

Badminton Sudirman Cup: Malaysia Tumbang di Tangan Korea Selatan. Sedih juga apabila hasrat nak tengok pasukan negara di final piala sudirman tahun ini ternyata gagal. Malaysia kalah 1-3 kepada pasukan KOrea Selatan dalam aksi separuh akhir pagi tadi.


Badminton Sudirman Cup: Malaysia Tumbang di Tangan Korea Selatan


Malaysia Tumbang di Tangan Korea Selatan

Dalam perlawanan tadi, skuad negara di kejutkan dengan kekalahan beregu campuran kita iaitu Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei. Mereka kalah kepada pasangan Seo Seung Jae dan Chae yu jung dengan mata 11-21, 13-21, 7-21.

Perseorangan lelaki negara, Zii Jia cemerlang mengalahkan Jeon Hyeok Jin dengan keputusan straight set 21-11, 21-9.

Bagaimanapun,  K Letshanaa tidak mampu menahan asakan perseorangan nombor dua dunia, An Se Young apabila dia tumpas 10-21, 13-21.

Hasrat Malaysia terus terkubur apabila beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas kepada beregu lelaki Korea Selatan, Kim Won Ho-Na Sung Seung dengan straight set 12-12, 11-21.

Malaysia akan bermain di perlawanan tempat ketiga esok.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama