-->

Negeri Sembilan Terima Nasib Macam Manchester United

Negeri Sembilan Terima Nasib Macam Manchester United selepas mereka kalah 0-7 kepada gergasi bola sepak Malaysia semalam. Anak buah K.Devan terpaksa akur selepas kalah besar dengan Johor itu dalam aksi liga super 2023.


Negeri Sembilan Terima Nasib Macam Manchester United


Negeri Sembilan Dibelasah JDT tanpa Belas!

Jdt mendapat gol pertama seawal minit ke 20 menerusi Foreseiri yang menanduk masuk bola yang ditendang oleh leandro. di ikuti dengan jaringan cantik dari Diogo sebelum rehat separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, JDT tidak tunggu lama apabila menjaringkan gol ketiga mereka menerusi pemain forestieri. Dia mengambil sepakan penalti selepas Ariff Aiman dikasari didalam kotak penalti.

Ariff pula menjaringkan gol keempat perlawanan apabila dia menola masuk bola ke gawang gol selepas menerima hantaran dari Diogo pada minit ke 48.

Pemain pertahanan negara, corbing turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan semalam iaitu pada minit ke 66 dan 87. Endrick turut menjaringkan gol pada minit ke 71 melengkapkan 7 gol untuk pasukan JDT.

Jelas kekalahan besar ini mengecewakan penyokong NSFC yang seramai 15427 orang membanjiri stadium semalam.

Sementara itu sabah terus mencatatkan kemenangan apabila mengalahkan Kuching City dengan jaringan 2-1 dalam satu perlawanan di Staidum Negeri, Kuching.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama