-->

JDT Kalahkan Kelantan Dengan Mudah

Pertembungan epik yang dinantikan oleh peminat bola sepak Malaysia apabila dua gergasi bola sepak negara bertemu iaitu JDT dan juga Kelantan. Perlawanan yang berlangsung di Stadoum sultan ibrahim itu berkesudahan dengan jdt 5-1 kelantan.

JDT membuka akaun gol mereka seawal minit ke 3 menerusi sepakan penalti yang diambil oleh diogo santo. Kemudian gol kedua diperoleh pada minit ke 26 menerusi Endrick. Dia mendapat bola hasil dada an diogo yang menerima bola dari kiri padang.


JDT Kalahkan Kelantan Dengan Mudah




Kemudian endrick mengakhirinya dengan rembatan deras mengalahkan penjaga gol kelantan. Fernando Forestieri mengubat kekecewaan gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila meledak gol ketiga pasukan pada minit ke 35.


Bersambung separuh masa kedua, JDT terus menggandakan asakan dan akhirnya mereka memperoleh gol keempat menerusi juan muniz. dia menjaringkan gol pada minit ke 56. kemudian Arif aiman juga tidak terlepas mendapatkan gol apabila dia menjaringkan penalti pada minit ke 82.

Kelantan juga mendapat gol menerusi sepakan penalti selepas Ismaheel akinade dijatuhkan oleh syihan hazmi. Rolon mengambil sepakan tersebut dan menjaringkan gol untuk kelantan. 


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama