-->

JDT Belasah KL City

 JDT Belasah KL City dalam perlawanan liga super yang kedua semalam. Pasukan Kuala Lumpur menerima kunjungan dari Juara Liga Super 2022 dengan meriah. JDT yang telah mencatatkan kemenangan pertama sebelum ini tidak menghadapi laluan susah.

Gol pertama diperolehi oleh JDT menerusi 'OWN Goal' yang dijaringkan pemain KL iaitu Romel Morales pada separuh masa pertama. Lebih tepat lagi pada minit ke 41.


JDT Belasah KL City


Jaringan tersebut terhasil selepas bola sepakan percuma yang di ambil oleh Juan Muniz ditampan masuk oleh pemain Morales dan memberi gol pertama tersebut.

Keputusan separuh masa pertama JDT 1-0 KL City.

Bersambung babak kedua, JDT terus menerus menekan KL dan mereka berjaya mendapatkan gol menerusi pemain Endrick Dos Santos pada minit ke 52. Gol ini terhasil selepas Forestieri menghantar bola cantik kedalam kotak penalti.

kemudian di tanduk bola tersebut oleh endrik untuk gol kedua JDT. 

Kemudian arif aiman menutup malam indah JDT dengan jaringan pada minit ke  90 sebelum wisel penamat dibunyikan. Gol terhasil selepas Ramadhan Saifullah menghanar bola berkenaan dari sebelah kanan padang.

Hantaran dibuat kepada Arif Aiman dan dia dengan mudah menendang masuk ke dalam gawang gol Kuala Lumpur.

Kedudukan terakhir, JDT 3-0 Kuala Lumpur City.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama