-->

Jadual Piala FA 2023

MFL umumkan Piala FA 2023 akan berlangsung tidak lama lagi. baru-baru ini pula telah berlangsung satu proses pengundian pasukan-pasukan bagi menentukan lawan masing-masing. 14 pasukan Liga Super, sebanyak 6 pasukan dari Liga M3 iaitu Imigresen FC,Kuala Kangsar BRM FC, Manjung City FC, Melaka FC, PIB Shah Alam FC dan Sains FC akan bersaing dalam Piala FA kali ini.

Undian melibatkan kedudukan pasukan untuk pusingan pertama sahaja melibatkan 3 pasukan terbawah Liga Super musim 2022 (Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC) selain 3 pasukan terbawah Liga Premier 2022 (Kelantan United FC, PDRM FC dan Perak FC) 6 pasukan Liga M3 bagi mencari empat slot ke pusingan 16.

Manakala 6 kelab teratas dari Liga Super musim 2022 (Johor Darul Ta'zim, Terengganu FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC) bersama 2 kelab teratas Liga Premier 2022 (Kelantan FC dan Kuching City FC), layak secara automatik ke pusingan 16.


Jadual Piala FA 2023

Jadual Kejohanan Piala FA 2023

Beberapa pasukan mendapat BYE awal dipusingan awal seperti PDRM, PIB, Kelantan United dan Melaka.  Manakala beberapa lagi pasukan perlu berlawan terlebih dahulu untuk mendapat ruang ke pusingan ke 16 nanti.

Perlawanan Kelayakan Pertama

Kedah vs Penang

Perak vs Sri Pahang

Manjong City vs SAINS

BRM vs Imigresen.


Pasukan-pasukan yang telah layak ke pusingan ke 16 akan bertemu dengan lawan-masing-masing. berikut merupakan jadual piala fa 2023 secara penuh.

Perlawanan Pusingan 16

JDT vs PDRM

Kuching City vs Kedah/ Penang

Negeri Sembilan vs PIB

Selangor vs Perak/sripahang

Terengganu vs Melaka 

Kelantan vs Manjong City/ SAINS

Sabah vs Kelantan United

KL City vs BRM/Imigresen.


Tarikh perlawanan akan dimaklumkan kemudian. Pastinya dengan makluman mengenai lawan masing-masing sudah pasti akan memudahkan pasukan membuat persiapan rapi menjelang hari perlawanan nanti.


Setakat ini juga kita dapat lihat beberapa pasukan bakal mempunyai jalan mudah ke Quater Final. Seperti JDT, SELANGOR, TERENGGANU dan juga KL City.


masing-masing bertemu dengan lawan yang lebih mudah di pusingan 16 untuk ke quater final nanti. Namun dalam bola sepak, macam-macam boleh berlaku dan kita tak boleh jangka siapa yang akan menang dan siapa pula yang akan kalah.


Kita hanya harapkan semua pasukan berikan yang terbaik terhadap lawan mereka nanti. Semoga berjaya!

 

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama