-->

Sekadar Seri dengan Singapura, Malaysia gagal manfaat peluang!

 Sekadar Seri dengan Singapura, Malaysia gagal manfaat peluang! Sudah dua kali menang, hari ini skuad negara sekadar seri dan kelihatan bergelut menentang pasukan Singapura.


Sekadar Seri dengan Singapura, Malaysia gagal manfaat peluang!


Keputusan akhir perlawanan Malaysia 2-2 Singapura.

Sekadar Seri dengan Singapura, Malaysia gagal manfaat peluang!

Malaysia bermula cemerlang apabila Luqman berjaya menjaringkan gol awal pada minit ke 4 perlawanan untuk mendahului 1 - 0.

Kemudian pemain negara mula hilang tumpuan sehingga Shah Shahiran berjaya menjaringkan gol cantik pada minit ke 7 dari luar kotak penalti.

Ini menyaksikan keputusan 1-1 berlarutan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, pasukan negara berjaya menyerang ke kubu Singapura bertubi-tubi namun mereka masih gagal menjaringkan gol untuk mendahului.

Sehinggalah pada minit ke 78, Rizal Gareth Ian berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol untuk singapura dan ia sedikit menggangu pasukan negara.

Selang beberapa minit, pasukan negara berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke 82. kali ini menerusi Faiz Amer.

Serangan kedua-dua pasukan bertali arus dan pasukan malaysia berjaya mendapat peluang keemasan apabila azfar mendapat bola tetapi tidak memberikan kepada hadi fayyadh yang tidak dikawal.

dia membuat percubaan sendiri tetapi ditangkap kemas oleh penjaga gol singapura.

Keputusan akhir, Malaysia 2-2 Singapura.


Malaysia : Luqman Hakim Shamsudin 4’ Faiz Amer 82’

Singapura : Muhammad Shah Shahiran 7' Harhys Rizal Gareth Ian 78’


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama